MINYAK ZAITUN SEBAGAI UBAT TITIS MATA

Published on January 28 2015

MINYAK ZAITUN SEBAGAI UBAT TITIS MATA

Assalamualaikum doktor.

Pelanggan bertanya Minyak Zaitun Olive House bolehkah dititik di mata. Katanya, petua yang diberi dapat menyembuhkan selaput mata yang menyebabkan penglihatan kabur.

Mohon penjelasan.

MINYAK ZAITUN SEBAGAI UBAT TITIS MATA

Waalaikumsalam.

Tiada maklumat yang saya ada mengenai Minyak Zaitun untuk ubat titik mata. Namun, saya yakin ianya boleh dilakukan.

Nasihat saya, campurkan dengan air jika ingin mencuba. Apa yang biasa dilakukan untuk sakit mata adalah menitikkan air madu ke dalam mata. Ini sudah dibuktikan. Ada juga seorang doktor di Egypt yang menggunakan peluh sebagai ubat titik mata hasil tadabbur surah Yusuf di mana penglihatan Nabi Yaakob a.s. pulih selepas menyapu baju Nabi Yusuf a.s. ke matanya.

Wallahualam.

~ ​Dr. Hafizah Amanulla

MINYAK ZAITUN SEBAGAI UBAT TITIS MATA

Minyak Zaitun selamat digunakan ubat titis mata terutamanya bagi masalah selaput mata depan yang kering (keratoconjuctivitis sicca).

Untuk masalah kanta mata (cataract) dan retina (bahagian mata belakang), sila dapatkan rawatan pakar ophthalmology.

~ Dr. Salman Amirudin

Written by Cyma D'zalie

Published on #Persoalan Pengguna

Repost0
To be informed of the latest articles, subscribe:
Comment on this post