PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPISAN - OLIVE HOUSE

Published on April 11 2017

PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPISAN - OLIVE HOUSE

ZAITUN

Merupakan antara spesies tanaman yang tertua di dunia. Pohon Zaitun memerlukan antara 5 hingga 8 tahun untuk mengeluarkan buah zaitun pertamanya. Ia mempunyai jangka hayat yang panjang sehingga beribu
tahun. Sejarah telah menunjukkan bahawa zaitun mempunyai pelbagai kegunaan khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman-berzaman.

Sudut Pandangan Sains

 

Nama saintifik zaitun ialah Olea-eurofea. Tinggi pokoknya, kebiasaannya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, D, E dan K serta zat besi.

MINYAK ZAITUN

PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPISAN - OLIVE HOUSE

Hasil dari kajian ahli sains hari ini menerangkan bahawa dunia moden mengiktirafkan khasiat minyak zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam bidang perubatan.

MENGAPA MINYAK ZAITUN OLIVE HOUSE?

PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPISAN - OLIVE HOUSE

1. Minyak zaitun Olive House tidak ditapis (unfiltered)


Jadi, ia mengandungi lebih 30% "polyphenols" berbanding minyak zaitun yang ditapis. Polyphenols adalah sistem pertahanan semulajadi bagi pohon zaitun. Apabila manusia memperoleh polyphenols, ia akan melindungi sel manusia dari radikal bebas, virus dan bakteria.

 

Minyak zaitun yang ditapis akan hilang 4 khasiat penting seperti polyphenols, carotens, chlorophylls dan anthocyanin.

2. Pati Minyak Zaitun Olive House dihasilkan melalui proses perahan sejuk/cold-pressed (Extra Virgin)


Pati Minyak Zaitun Extra Virgin ialah pati minyak zaitun yang mempunyai kualiti yang paling baik. Pati Minyak Zaitun hanya akan dianggap Extra Virgin jika proses mengeluarkan pati minyak zaitun dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara alami tanpa melibatkan bahan kimia atau pemanasan.


Minyak zaitun Olive House mengikut standard Olive Oil Counsil untuk digelar “Extra Virgin”. Olive Oil Counsil adalah sebuah organisasi antara kerajaan negara-negara yang menghasilkan buah zaitun atau produk yang diperolehi daripada buah zaitun.

3. Pati Minyak Zaitun Olive House tidak dalam bentuk kapsul, gel atau pil


Pati Minyak Zaitun amat sensitif kepada cahaya atau kepanasan. Untuk menghasilkan softgel, perlu melalui proses pemanasan. Apabila minyak zaitun dijadikan dalam bentuk kapsul atau pil, akan hilang sebahagian khasiat yang sepatutnya diperolehinya.

4. Pati Minyak Zaitun Olive House dibotolkan dalam botol kaca, bukan botol plastik


Mengapa botol kaca, bukan botol plastik?

 

Ini adalah disebabkan untuk mengelakkan berlakunya tindak balas
kimia terhadap minyak zaitun. Hakikatnya botol plastik mampu mengakibatkan berlakunya tindak balas kimia berbanding botol kaca dan kualiti minyak zaitun akan terjejas.

5. Pati Minyak Zaitun Olive House dibotol dan diletakkan dalam kotak


Pati Minyak Zaitun Olive House dibotolkan dalam botol kaca yang jernih dan disimpan dalam kotak. Hal ini kerana Pati Minyak zaitun Olive House sangat sensitif kepada cahaya dan kepanasan.

 

Pati Minyak Zaitun Olive House dibotolkan dalam botol yang jernih supaya Pati Minyak Zaitun tersebut dapat dilihat dan menunjukkan ianya tidak bertapis.

6. Pati Minyak Zaitun Olive House diproses tidak melebihi 48 jam


Pemprosesan Pati Minyak Zaitun Olive House tidak melebihi 48 jam dari masa buah zaitun dipetik dan diperah buahnya. Tempoh masa kurang daripada 2 hari inilah yang menjadikan Pati Minyak Zaitun Olive House berkualiti premium.

7. Pati Minyak Zaitun Olive House di isi dengan gas nitrogen dalam botol ketika "Filling Proses


Ini bertujuan agar gas Oksigen dapat dikeluarkan daripada dalam botol. Ini disebabkan oleh tindak balas gas oksigen terhadap Pati Minyak Zaitun mampu menurunkan tahap kualiti minyak zaitun itu ke tahap yang rendah.

8. Pati Minyak Zaitun Olive House terhasil melalui gabungan buah zaitun hijau dan hitam


Pati Minyak Zaitun Olive House kaya dengan Polyphenols (buah zaitun hijau) dan kaya dengan Lipid (buah zaitun Hitam). Gabungan ini menyebabkan rasa yang lebih sedap dan berlemak.
 

Khasiat Beta-Caroten (-B) inilah yang memberikan warna pada kehijauan buah zaitun dan merupakan sumber vitamin A yang mana khasiatnya memberikan rasa enak kepada minyak zaitun.

9. Pati Minyak Zaitun Olive House berasal dari Izmir, Turki


Bumi Izmir di Turki mempunyai sejarah membekalkan Pati Minyak Zaitun berkualiti bermula tahun ke-6 sebelum Masihi.
 

Pati Minyak Zaitun Olive House mempunyai jumlah asiditi yang menepati keperluan kesihatan tubuh manusia (>0.8)

10. Pati Minyak Zaitun Olive House memperoleh pelbagai penghargaan dan sijil


Pati Minyak zaitun Olive House mendapat sijil pengiktirafan USDA organik. 

USDA organik ialah United States Department Of Agriculture badan yang mengawal selia dan mengesahkan hasil keluaran pertanian adalah secara organik, memenuhi keperluan pertanian, perdagangan dan pengeluaran, memastikan keselamatan makanan dan melindungi sumber semulajadi


Minyak zaitun Olive House mendapat sijil pengiktirafan GF (Gluten Free-Diet)

Gluten Free Diet (GF) adalah simbol kepada kualiti produk pati minyak zaitun Olive House iaitu bebas dari gluten dan diet yang tidak termasuk makanan yang mengandungi gluten.


• Minyak zaitun Olive House mendapat sijil pengiktirafan KOSHER, mendapat sijil pengiktirafan halal HFA approved dan sijil pengiktirafan ISO 22000:2005 Food Safety management systems


• Minyak zaitun Olive House mendapat sijil pengiktirafan organik oleh CERES

CERES menjalankan pemeriksaan dan menawarkan pensijilan mengikut piawaian organik, menyediakan perkhidmatan pemeriksaan untuk beberapa standard swasta nasional dan antarabangsa, persatuan petani dan badan-badan persijilan.

PENJELASAN DARI SUDUT SAINTIFIK

PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPISAN - OLIVE HOUSE

Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains, tidak dinafikan banyak yang mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun adalah antara minyak yang bernilai tinggi dalam bidang kesihatan. Selain minyak zaitun
bertindak sebagai penambah zat makanan, ia juga bertindak mencuci dan membaik pulih perut dan penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.


Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounsaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya dalam darah.


Satu kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford, mengkaji perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran, mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi
pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.

Dalam Annals of Oncology (Januari 2005), pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan oleic acid
yang terdapat di dalamnya.

KANDUNGAN UTAMA MINYAK ZAITUN

PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPISAN - OLIVE HOUSE

1. HYDROXYTYROSOL


Hydroxytyrosol merupakan Antioksidan paling tinggi di dunia


Hydroxytyrosol adalah SUPERSTAR ANTI-OKSIDAN yang paling tinggi, ditemukan di alam ini dan sampai saat ini memiliki kemampuan yang baik untuk menyerap sel radikal bebas.


MANFAAT HYDROXYTYROSOL KEPADA KESIHATAN


• Hydroxytyrosol juga dapat mencegah dan memperbaiki LDL (Low density lipoprotein) yang teroksida.
• Anti-inflamasi.
• Anti-mikrobakteria dan antivirus
• Anti-penuaan
• Perlindungan sel-sel kulit.
• Mengurangkan risiko penyakit-penyakit kritikal
• Melindungi sel otak

2. OLEOCHANTHAL


Oleocanthal adalah sebatian utama yang terdapat dalam pati minyak zaitun (extra virgin) telah terbukti dapat membantu menghapuskan sel-sel kanser dalam jangka masa kurang daripada satu jam.

3. SQUALENE


Squalane diperoleh dari EKSTRAK HATI IKAN YU iaitu Squalene yang telah dihidrogenasikan menjadi Squalane.


Salah satu keunggulan squalane adalah ia merupakan estrak sama dengan yang dihasilkan dari kelenjar kulit manusia (sebacious compound-human sebum) yang berfungsi untuk melembabkan kulit manusia.

 

MANFAAT SQUALENE KEPADA KESIHATAN


• Sebagai pelembab semulajadi yang terbaik untuk kulit kering
• Sebagai bahan anti-penuaan kulit (anti-aging)
• Menghaluskan kulit
• Menghalang penyerapan sinar UV dari matahari.
• Melindungi kulit dari bahan karsinogen (zat penggalak kanser) yang terkandung pada produk kosmetik
• Membantu penyerapan vitamin A pada kulit

4. TOCOPHEROL


Vitamin E merupakan antioksidan yang membantu menghalang serangan radikal bebas dan membantu untuk mencegah beberapa penyakit kronik.
 

Sebuah penelitian yang melibatkan 90,000 pakar perubatan menemukan bahawa terdapat pengurangan antara 30% hingga 40% dalam insiden serangan penyakit jantung kepada pesakit yang mengambil minyak zaitun.

MANFAAT PATI MINYAK ZAITUN OLIVE HOUSE

PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPISAN - OLIVE HOUSE

Pati Minyak Zaitun yang dijadikan sebagai bahan makanan tambahan bertindak sebagai :


● Penambah nutrient dan zat di dalam makanan
● Mencuci dan membaik pulih perut
● Menjadi penawar bagi keracunan
● Membantu pesakit gastrik
● Merawat kegagalan fungsi buah pinggang
● Merawat kanser
● Merawat masalah jantung
● Menurunkan paras kolesterol
● Merawat penyakit diabetes


Pati Minyak Zaitun yang digunakan sebagai sapuan luaran pula bertindak :


● Melicin dan melembutkan kulit
● Merawat ekzema dan psoriasis
● Meremajakan kulit
● Menyegarkan kulit kepala dan merawat masalah rambut

CADANGAN PENGGUNAAN / PENGAMALAN

PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPISAN - OLIVE HOUSE

FDA menyarankan dos 2 sudu besar sehari bagi tubuh yang sihat

 

Pengamalan yang terbaik di awal pagi.

PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPISAN - OLIVE HOUSE

-We Begin With Nature

Written by Cyma D'zalie

Repost0
To be informed of the latest articles, subscribe:
Comment on this post
C
You do moreover offer in someones free time maid expertise in Dubai. Our staffs are going to handle every tasks responsibility and maintain a newly made atmosphere and a residence. Currently the flexible type maid expertise too. Almost all the customers want weekly, bi-weekly home cleaning services. Efficient offering an important flexible schedule for the valued people. It’s a headache free and even instant maintaining services. You can obtain a equivalent day quantity.
Reply